Posted on Tuesday, June 29, 2010 Kisah di suatu petang..



aku naek bas dari jitra pukul 3..

dan mula bertolak ke kl pukul 4 dari shahab perdana..
sambil sandar2..
sampai di hentian RnR Taiping pukul 6..

pastu ada la dengar driver cakap apa entah..
aku turun jer..
aku fikir bas akan berhenti setengah jam..

so dengan konfidennya..
aku turun pergi membuang hajat yang kecil..
then pergi ke surau solat asar..

habes jer solat..
aku g la tempat beli makanan..
ingat nak beli kuih...
kemudian terdengar bunyi enjin seakan2 bas..
aku toleh ke belakang..
nampak seperti bas yang aku naek..
aku pergi tempat bas parking..
tempat parking dah kosong!!
rupanya tu bas aku...

mang gelabah habes..
suma barang nak p kerja ada dalam bas...
apa lagi..
aku luahkan la kat makcik pakcik abg pekerja kat RnR tu..
dorang ramai2 datang dengar cerita aku..
mang popular lar masa tu..
hehe..

berbalik kepada cerita..
semua pekerja2 ni memberi aku semangat, harapan, sokongan yang xberbelah bahagi...
kemudian ada cakap kol no kompeni bas tu...
naseb tiket bas masih ada dalam poket..
aku kol kaunter, org kaunter kol driver...

rupanya bas baru gerak sikit..
dia sedar xcukup orang..
makcik sebelah seat aku pergi bagitahu driver tu..

org kaunter kasi no fon driver, aku kol..
dia suruh jalan depan sikit..
apa lg..aku jalan kaki la kejar..
dalam masa yg sama, bas undur sikit2..

dengan tiba2, dtg sorang lelaki..
pekerja di RnR tu kat sebelah aku..
berbekalkan kuasa kuda motor 125 mamat tu..
aku tumpang di belakang..
tanpa helmet..
beliau memecut..dan akhirnya sampai..
bila aku naek bas, sumer orang tgk..
then makcik sebelah pun tegur...
hehehe..

rupanya pemandu bas dah kira orang..
tp nak dijadikan cerita ada 1 fmily ni bwak anak...
tapi xambik tiket...
kerusi kosong banyak, budak tu duduk lar..
jd driver kira cukup, padahal yang betol2 beli tiket ni belum naek lg..
huhu..naseb baek aku xnanges lagi...

moral of the story:
rajinlah bertanya dengan driver rehat lama ka kejap..
simpan tiket di dalam poket..
bagitahu driver kalau nak ke mana2 sekalipun..

so dikesempatan ini, aku nak dedikasikan terima kasih yang xterhingga kepada:
pekerja2 di RnR Taiping yang xputus2 beri sokongan..special untuk maamt yang bawak moto tu..ang memang mat rempit sejati larr..hahaa
seterusnya untuk makcikk kat sebelah aku, orang jaga kaunter bas dan xlupa kepada driver yang sanggup tunggu dan undur..
juga kepada yang terlibat..langsung atau tidak langsung....
terima kasih semua...huhuuhu

*xtahu apa jadi kalau bas xtggu
*first time..pengajaran yang berguna
*xnak cerita kat mak aku..nanti kena berleter...hehe


ni lar kompeni basnya yang terlibat dalam kes di atas


Posted on sasaran..





hmm...
panas dan berbulu telinga aku..
tapi seperti yang aku jangkakan..
England xkan pergi jauh world cup kali ni..
Jerman xperlu susah2..
hantar 2 atau 3 orang sudah cukup untuk mejaringkan gol..
dan kucar kacirkan pertahanan England...

biarla..
kalah tetap kalah..
tapi yang aku tahu..
dan aku pasti..
Edisi piala dunia yang seterusnya..
England ada harapan..
sebabnya..
Piala Dunia Brazil 2014..
aku akan tengok dengan my future wife-to-be...hahaha...

*dream final aku kali ni...Spain vs Brazil..atau Holland vs Argentina...yang penting South America vs Europe...

Posted on Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

dulu...

masa tahun 3..
diperkenalkan dan dijemput oleh Dr Jafri..
untuk ke SKMM dengar talk dari dia..

tapi..
setelah setahun berlalu..
dan setelah 2 bulan bercuti dan beristirehat..
hari khamis ni..
bersamaan 1 julai 2010..
aku akan pergi..
tapi bukan lagi sebagai pendengar talk...
mahupun sebagai pelawat..
tapi sebagai seorang staf..

*sebelah hati xsabar nak mulakan kerja, sebelah lagi nervous dan risau..hukhuk :(

Posted on Wednesday, June 2, 2010 2nd journey to KL

~dari jitra ke pudu~..

pergi makan di nasi kayu kandar tropicana..
dibelanja oleh saudara engineer khairul@ensem boy...

then balik rumah halim...
pagi bertolak ke cyberjaya..
for 2nd interview di SKMM..
seriously aku xmengharap apa2..
segalanya hancur lebur..
apa yang aku jawab tadi pun xtahu lar...
ngarut ja banyak..
melalut..
BI telah la..mang ke laut..huhuhu..
ada rezeki ada lar..
kalau x pun, anggap best exercise for the coming interview...hukhuk

untuk menceriakan hati yang gundah gulana..
kami p KL..Pavilion..
jumpa saudara azfar kat sana..
then layan muvie Shrek 3D..
layan beb!!
seronok2!!..
thumbs up!!
isi perut kat KFC..
lepak2 jap kat pavilion..
kemudian bergerak ke rumah saudara fitry kat cheras..

macam besa..
berborak rancak dengan uncle kamaruzaman...haha
gelak tawa..
bertolak balik pukul 11...

hmmm...esok pagi dah nak bertolak balik ke kedah..
sempat jumpa member yang ada kat sini..
kecuali rumate aku..
kelantan punya pasal, kasi chance lar..hahaha...

*special thanks to halim's family sebab kasi tumpang berteduh...
*thanks jugak kat halim yang jadi pilot aku sepanjang aku disini...hehehee

~dari hentian duta ke jitra~

Posted on Sunday, May 30, 2010 demam kembali melanda..

dalam masa 2 minggu..
demam bola akan kembali melanda..
masa ni la xda istilah bangun pg..
xda istilah tidur awal di waktu malam..
semuanya kerana bola..bola..bola...

aku seperti biasa..
akan tetap menyokong 'the 3 lions' - ENGLAND
tapi hatiku kuat mengatakan World Cup kali ni..
akan ke Amerika Selatan..

dengan rangkaian world class player di bahagian serangan..

~ messi, aguero, tevez, milito, maxi rodriguez, de maria, gonzalo higuain~

dan dikendalikan oleh lagenda bola sepak tersohor..
walaupun pusingan kelayakan terumbang ambing..
aku yakin..
jika jentera tengah mampu membuat gerakan dan hantaran menarik..
argentina akan meletop world cup ni..
tugas berat macherano dan veron..

sorry England..mungkin 4 tahun lg..
untuk tahun ni..
aku pilih ARGENTINA..

~tour to afrika selatan~

Posted on Tuesday, May 4, 2010 entry di malam sebelum interview..

"and it takes no time to fall in love...
but it takes a years to know what love is...
and it take some fears to make you trust...
it takes those tears to make it rust...
it takes the dust to have it polished...yeah!!"

Posted on Thursday, April 29, 2010 to all my friends..

to all my frends..


di sini...saya mohamed nasrun osman
menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf..
atas salah dan silap..
sedar atau tak..
sengaja atau xsengaja..
sepanjang perkenalan kita..
semoga..
dengan izin dari-NYA..
kita semua akan dipertemukan lagi..
insyaALLAH...

ni mungkin entry terakhir aku di UTM..
besok aku dah pulang ke utara tanah air..
kembali ke tempat asal..
setelah mengembara 4 tahun di johor..
lepas ni dah susah nak online..
dah susah nak post dah..
kat umah xda tenet..
kena g cc...

baru balik ambik tesis yang dah siap jilid..
besok pagi ambik sign supervisor..
hantar moto PDA aku yang dah lama berkelana di sini..
hantar paper yang buat cukup2 makan jer...huhu
packing barang...
then pulang...

4 tahun disini...
macam2 pengalaman dan perasaan...
memang keputusan memilih utm untuk sambung belajar..
keputusan yang tepat!
walaupun sdey tandas dan bilik xsama macam dalam brochure..hahaha
betollah apa yang dikata..
zaman belajar lah zaman yang paling best...

umm apa aku nak wat pasni..
masih konfius..blur..
xtahu nak kerja ka..
sambung belajar ka..
tanam padi ka..huhuhu
decision making lemah lar aku ni...
tolong2..!! :(

so..kata2 akhir aku..
selamat menempuhi alam pekerjaan kawan2 ku...
dan yang nak pursue study, gud luck okay..
teruskan kecemerlangan anda..
dah berjaya jangan lupakan aku k..
dan kalau kawen jangan lupa jemput wokeh....

"bertemu dan berpisah adat manusia biasa..hilang dimata tapi dihati tidak lupa..berdoalah kita agar aman dan sentosa..semoga berjumpa kita disuatu masa.."

ummmmm....
selamat tinggal utm..
selamat tinggal johor..
selamat tinggal SET..
selamat tinggal semua...

salam kenangan dan perpisahan..
ikhlas dari nasrun@boy@own@ateh

~SAYONARA~ :)