Posted on Wednesday, March 23, 2011 skmm vs utem




Sudah lama aku xberblog..blog pun bukan takat dan bersawang, rasanya dah sampai tahap karat dah kot..huhu..sejak dah bekerja ni, nak update pun dah malas dah..malas yang teramat sangat..xmacam masa student dulu..sampai kadang2 2 entry 1 hari..haha..

Ok, aku ada nak share sikit lar pasal pengalaman interview tutor aku pada hujung bulan February lepas..dah lama nak update pasal ni, siap dah draft dah pun..harini baru dapat post..dan aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai..kenapa?akan aku terangkan kemudian..ha, untuk yang nak attend interview tutor kat mana2 ipta, ini antara pengalaman aku lar, soalan2 yang ditanya masa temuduga tuh..mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana dan soalan yang ditanya..

Soalan-soalan yang ditanya

Okay, inilah soalan yang ditanya ketika ditemuduga untuk jawatan tutor.

1. Macam biasa lar. Soalan pertama minta perkenalkan diri.
2. Kenapa memilih Utem.
3. Ada tak UTM offer something.
4. Pengalaman kerja
5. Role/task kat tempat kerja. Contohnya macam mana planning, software yang digunakan etc
6. Ini soalan maut yang aku ambik masa juga nak jawab. Aku ditanya apakah ciri-ciri lecturer yang baik..Berpeluh juga nak jawab.
7. Area of interest kalau further study.
8. Final Year Project
9. Plan to pursue study, either direct PhD or via Master first.

Bila dah habes interview, pihak panel macam dah kasi gambaran lar sama ada kita diterima atau tidak. Macam aku dia ada cakap xkan consider as a tutor, but, as a fellowship. Maknanya aku kena apply mana-mana U untuk sambung belajar, dan apply scholar utem. Aku tanya luar Negara boleh x. Bergantung kepada keadaan. Dan kalau dalam Negara, xgalakkan sambung kat utm sebab dah ramai lecturer yang keluar dari utm kat utem. Xnak culture utm menular ke dalam utem..hehehe..boleh apply ukm (sebelah dengan rumah sekarang), upm atau usm.

okay, kenapa aku kata sekarang paling sesuai..ini kerana aku baru dapat result interview tuh..dan kejutan berlaku..aku ditawarkan jawatan tutor sementara dekat utem..macam aku bagitahu kat atas, aku memang x expect dapat sebenarnya sebab masa interview panel ada cakap xkan consider aku sebagai tutor. So, fine la kan..tiba2 dapat surat offer pulak..dan kena bagi keputusan sebelum 9 April ni..ini antara keputusan paling besar aku kena buat..

dibawah ini antara option yang aku ada sekarang, bagi menentukan hala tuju hidup aku:

1) jika aku reject tutor, dan terus bekerja dengan SKMM dan menunggu keputusan sama ada aku diserap sebagai permanent staff atau extent contract atau contract tamat dan tiada tindakan. Aku pun buat keputusan kalau extent as a contract staff juga aku xkan terima rasanya. jadi maknanya, kalau aku nak kerja lagi pun kalau diserap ja lar..contract aku lagi 3 bulan nak tamat.hujung bulan 6.

2) kalau dah reject dan dikatakan aku dah disambung masih sebagai contrat staff, aku dah plan untuk kembali ke plan asal aku, sambung belajar kat utm, yang mana sekarang pun aku dah gerak ke arah itu. Aku tengah usahakan untuk siapkan proposal aku, walaupun slow sikit. Aku kena settlekan semua borang, proposal, recommendation letter sebelum bulan 5. Jadi, aku xterikat dengan mana2,sambung belajar dulu, kemudian masih boleh pilih mana universiti aku nak pergi.Ini ada advantage sebab aku dah kenal lecturer, environment, colleague, sumber rujukan malah Miss X pun ada kat sana. supervisor pun ada tanya bila nak sambung. untungnya lagi, aku xperlu lalu master, boleh terus direct ke phd, which is save the time lar.

3) jika aku terima tutor, aku mungkin dah terikat dengan utem.. dan masih ada term2 dalam surat tu masih xjelas..aku kena call dan confirmkan dulu. tapi bagus juga sebab aku mang dah ke arah academician dah..gaji + elaun pun lebih dari gaji sekarang. masalahnya post ni sementara dan disambung bulan ke bulan..xtahu lar semua U macam ni atau utem ja.mungkin juga berpeluang nak sambung belajar oversea.menarik tu..namun ada masalahnya. aku perlu bagi notis berhenti kat skmm 1 month notice. padahal aku kena report duty sebelum 9hb april. nak cari rumah lagi, pindah lagi, agak rushing. lagi satu, aku kena biasakan dengan environment baru, kawan baru, lecturer baru, supervisor baru, lab baru..semuanya baru lar start dari 0 balik..

4) kalau lar ada rezeki, aku dapat permanent, dan dalam masa yang sama, aku dapat untuk sambung belajar, masa ni mungkin sedikit susah untuk buat keputusan.

p/s kegembiraan, keseronokan dan keterujaan kerja makin kurang dah dari hari ke hari..

mak aku kata kalau sambung belajar lambat la kawin..hehe