Posted on Wednesday, March 23, 2011 skmm vs utem




Sudah lama aku xberblog..blog pun bukan takat dan bersawang, rasanya dah sampai tahap karat dah kot..huhu..sejak dah bekerja ni, nak update pun dah malas dah..malas yang teramat sangat..xmacam masa student dulu..sampai kadang2 2 entry 1 hari..haha..

Ok, aku ada nak share sikit lar pasal pengalaman interview tutor aku pada hujung bulan February lepas..dah lama nak update pasal ni, siap dah draft dah pun..harini baru dapat post..dan aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai..kenapa?akan aku terangkan kemudian..ha, untuk yang nak attend interview tutor kat mana2 ipta, ini antara pengalaman aku lar, soalan2 yang ditanya masa temuduga tuh..mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana dan soalan yang ditanya..

Soalan-soalan yang ditanya

Okay, inilah soalan yang ditanya ketika ditemuduga untuk jawatan tutor.

1. Macam biasa lar. Soalan pertama minta perkenalkan diri.
2. Kenapa memilih Utem.
3. Ada tak UTM offer something.
4. Pengalaman kerja
5. Role/task kat tempat kerja. Contohnya macam mana planning, software yang digunakan etc
6. Ini soalan maut yang aku ambik masa juga nak jawab. Aku ditanya apakah ciri-ciri lecturer yang baik..Berpeluh juga nak jawab.
7. Area of interest kalau further study.
8. Final Year Project
9. Plan to pursue study, either direct PhD or via Master first.

Bila dah habes interview, pihak panel macam dah kasi gambaran lar sama ada kita diterima atau tidak. Macam aku dia ada cakap xkan consider as a tutor, but, as a fellowship. Maknanya aku kena apply mana-mana U untuk sambung belajar, dan apply scholar utem. Aku tanya luar Negara boleh x. Bergantung kepada keadaan. Dan kalau dalam Negara, xgalakkan sambung kat utm sebab dah ramai lecturer yang keluar dari utm kat utem. Xnak culture utm menular ke dalam utem..hehehe..boleh apply ukm (sebelah dengan rumah sekarang), upm atau usm.

okay, kenapa aku kata sekarang paling sesuai..ini kerana aku baru dapat result interview tuh..dan kejutan berlaku..aku ditawarkan jawatan tutor sementara dekat utem..macam aku bagitahu kat atas, aku memang x expect dapat sebenarnya sebab masa interview panel ada cakap xkan consider aku sebagai tutor. So, fine la kan..tiba2 dapat surat offer pulak..dan kena bagi keputusan sebelum 9 April ni..ini antara keputusan paling besar aku kena buat..

dibawah ini antara option yang aku ada sekarang, bagi menentukan hala tuju hidup aku:

1) jika aku reject tutor, dan terus bekerja dengan SKMM dan menunggu keputusan sama ada aku diserap sebagai permanent staff atau extent contract atau contract tamat dan tiada tindakan. Aku pun buat keputusan kalau extent as a contract staff juga aku xkan terima rasanya. jadi maknanya, kalau aku nak kerja lagi pun kalau diserap ja lar..contract aku lagi 3 bulan nak tamat.hujung bulan 6.

2) kalau dah reject dan dikatakan aku dah disambung masih sebagai contrat staff, aku dah plan untuk kembali ke plan asal aku, sambung belajar kat utm, yang mana sekarang pun aku dah gerak ke arah itu. Aku tengah usahakan untuk siapkan proposal aku, walaupun slow sikit. Aku kena settlekan semua borang, proposal, recommendation letter sebelum bulan 5. Jadi, aku xterikat dengan mana2,sambung belajar dulu, kemudian masih boleh pilih mana universiti aku nak pergi.Ini ada advantage sebab aku dah kenal lecturer, environment, colleague, sumber rujukan malah Miss X pun ada kat sana. supervisor pun ada tanya bila nak sambung. untungnya lagi, aku xperlu lalu master, boleh terus direct ke phd, which is save the time lar.

3) jika aku terima tutor, aku mungkin dah terikat dengan utem.. dan masih ada term2 dalam surat tu masih xjelas..aku kena call dan confirmkan dulu. tapi bagus juga sebab aku mang dah ke arah academician dah..gaji + elaun pun lebih dari gaji sekarang. masalahnya post ni sementara dan disambung bulan ke bulan..xtahu lar semua U macam ni atau utem ja.mungkin juga berpeluang nak sambung belajar oversea.menarik tu..namun ada masalahnya. aku perlu bagi notis berhenti kat skmm 1 month notice. padahal aku kena report duty sebelum 9hb april. nak cari rumah lagi, pindah lagi, agak rushing. lagi satu, aku kena biasakan dengan environment baru, kawan baru, lecturer baru, supervisor baru, lab baru..semuanya baru lar start dari 0 balik..

4) kalau lar ada rezeki, aku dapat permanent, dan dalam masa yang sama, aku dapat untuk sambung belajar, masa ni mungkin sedikit susah untuk buat keputusan.

p/s kegembiraan, keseronokan dan keterujaan kerja makin kurang dah dari hari ke hari..

mak aku kata kalau sambung belajar lambat la kawin..hehe

Posted on Wednesday, December 1, 2010 Preview Malaysia lawan Indonesia


Taktikal semalam.

-----------Safee Sali-------Idlan---------------

--Kunalan—Amri---Safiq---Amirul Hadi---

---Asrar---Muslim---Fadli-----Razman-----

--------------Sharbinee--------------------------

Apa yang Malaysia patut buat..

  • Kunalan patut ke wing kanan. Bukan kiri. Okto yang muka macam Defoe tu banyak menyusahkan bek kanan kita. Lifewire. Kunalan ni jenis yang rajin turun tolong defend bertahan.
  • No tu Amirul Hadi si rambut merah.
  • Tiada holder midfielder. Semua attacking ja..Mesti ada!
  • Bermain seorang striker instead of 2 orang. Idlan patut lone striker, safee Sali nampak slow semalam. Idlan paling menonjol dan mampu kucar kacirkan team lawan.
  • Tukar sharbinee. Masukkan Khairul Fahmi. Dia baru baik injured. Khairul dah dapat momentum dari Sukan Asia. Semalam Sharbinee off position, gugup, wrong decision, bola muntah, lack of communication dengan defend,goal kick pun out..senang cakap off form..

  • Terlalu tumpuan kat import tu.. Import tu badan besar, body strength tinggi, tapi slow..Malaysia boleh beat dia semalam. Disebabkan tumpuan kat dia, si Irfan baby face tuh ada banyak space. Ada chance..


Apa patut buat lepas ni..

  • Kurangkan silly mistake..please…
  • Adakan defensive midfielder dalam 1st eleven.
  • Tukar keeper..
  • Strengthen the defend..
  • Positioning! Jangan mudah hilang bola..Rugi...


Taktikal yang boleh digunakan..

a) 4-3-2-1

------------------------Idlan-----------------------------------

---------Safiq-------------------------Amri------------------

----Amar------Gurusamy---------Kunalan---------------

----Asrar----Muslim----Razman/Fadhli---Sabree----

-------------------Khairul Fahmi---------------------------

b) 4-3-3

----Ashaari------------Idlan-----------Faizal (sepet)-----

-----Amar--------------Safiq------------Gurusamy-------

----Sabree---Muslim----Razman/Fadli---Mahali-----

-----------------Khairul fahmi------------------------------

c) 4-5-1

-------------------------Idlan ------------------------

----Ashaari—Amar---Safiq---Gurusamy—Kunalan—

----Sabree---Muslim----Razman/Fadli---Mahali-----

-----------------Khairul fahmi------------------------------

Aku punya pandangan dan firasat..Gunakan taktik C…

p/s: Bukan main seronok lagi koragn buat bising bila lagu kebangsaan kami dimainkan. Kami xmintak korang nyanyi sekali, cukup sekadar diam dan hormat…

p/s/s: Gol 3 dan 4 xpatut berlaku…

p/s/s: sekadar pandangan dari orang yang naïf

Posted on Monday, November 22, 2010 How do you know you have met yours? Sign to look out for...


--> Met through unusual circumstances, totally unexpected
--> An instantaneous feeling that you have met before
--> An immediate and deep connection for one another
--> The relationship is immediate as if no time had passed since you were last together
--> You feel deep sense of unique and togetherness
--> You feel the need to protect and support each other
--> The two of you are inseparable and you cannot stop talking about each other
--> There is a yearning to share everything with the other person
--> Your conversations go on for hours, and you cannot get enough of each other
--> There is a constant and healthy need to please each other
--> Neither one of you is dependent on the other for your sense of self
--> Your feeling for each other are very deep and spiritual
--> The two of you know without doubt that you have been brought together for a reason
--> You neither compete with another nor do you pretend to be someone you are not
--> You feel a sense of completion through the other
--> Trust, patience and acceptance of each other's weaknesses happens automatically
--> Your moment together are unmatched by any other friendship or relationship






sumber: News Strait Times

Posted on Tuesday, October 19, 2010 Estimation Bajet Kewangan Aku kalau aku beli kereta

Proton Saga M-Line Auto – RM39,998

Setelah ditolak downpaymnet, aku anggarkan sebulan aku perlu bayar RM 400 selama 9 tahun (belum kira maintenance, emergency case, road tax insurance tiap2 tahun)

Jika aku masih stay di rumah sekarang di Bangi, tiada tol ke tempat kerja. Jadi, yang harus dipikirkan duit minyak. Anggaran minyak RM 50 seminggu untuk pergi balik kerja bersamaan RM 200/month.

Duit makan aku anggaran RM 20/day times 30 day = 600/month

Hasilnya:

Jumlah perbelanjaaan bulanan:


Jumlah bayaran sewa rumah + hantar ke kampong = RM 500

Bayaran kereta = RM 400

Duit minyak = RM 200

Duit makan = RM 600

Duit bil phone maxis dan kredit celcom = RM 100

Jumlah besar = RM 1800

Setelah ditolak dengan gaji, aku hanya ada kira-kira RM 300 lebih ja..


Belum tolak hutang akak aku..

Hutang PTPTN lagi..

Duit simpanan untuk KAWEN..

Duit untuk sambung belajar...

Keputusannya: Tangguhkan hajat anda Nasrun. Tu baru kereta Proton Saga. Kalau Inspira?? :(



Posted on Saturday, October 2, 2010 for you..

How do I
Get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be?
Oh I need you in my arms
Need you to hold
Your my world my heart my soul
If you ever leave
Baby you'd take away everything good in my Life.

Without you
There'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me
And I
Baby I don't know what I would do
I would be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in My life

p/s: dedicated to u

Posted on Thursday, September 30, 2010 Sekadar berkongsi kisah....

Ini merupakan cerita dari akhbar metro, ruangan Dang Setia..sekadar berkongsi...

SAYA berusia 22 tahun yang sedang menuntut di sebuah universiti tempatan. Masalah saya, saya bercinta dengan seorang gadis yang sama umur dengan saya dan berasal dari Terengganu.

Pada mulanya hubungan kami amat baik, namun bapanya ingin menjodohkan dia dengan anak kawannya. Ayahnya terlalu tegas sehingga melarang dia berkawan dengan saya. Dia tak suka, tapi dia terpaksa untuk mengikut kehendak bapanya.

Saya amat menyayanginya.

Saya terlalu sayangkan dia dan dia juga sayangkan saya. Sekarang, lelaki itu selalu hubungi dia. Dia pernah memutuskan hubungan dengan saya, namun dia tak dapat lupakan saya, begitu juga saya.

Dia dan lelaki itu belum ada apa-apa ikatan lagi. Namun, dia mengakui yang dia juga ada perasaan terhadap lelaki itu namun perasaan sayang dia kepada saya lebih daripada lelaki itu. Kami selalu berhubung secara online walaupun kami jarang bermesej. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.

Kadang-kadang saya akan menangis bila mengenangkan perkara ini. Begitu juga dia, selalu menangisi nasib hubungan kami apabila kami berhubung. Pelajaran saya juga sedikit terganggu dengan masalah ini. Walau apapun, kami masih berharap hubungan kami kembali bahagia seperti mula-mula kami kenal. Apa lagi yang patut saya buat. Bantulah saya yang tak berdaya ini.

INSAN BERHARAP
Kedah

JIKA saudara benar-benar sayangkan gadis itu, cubalah memenangi hati keluarganya.


Dalam situasi ini, saudara perlu bersikap ‘gentleman’. Dang Setia pasti ayah kekasih saudara mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian.


Mungkin dia mahu melihat anaknya mendirikan rumah tangga dengan orang senegeri bagi memudahkan kehidupan berkeluarga pada masa depan.


Jika situasi seperti itu berlaku, kekasih saudara tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa akur kerana tidak mahu menderhaka kepada orang tuanya. Justeru, saudara perlu meyakinkan bapanya bahawa saudara benar-benar menyayangi gadis itu. Tunjukkan kesungguhan, umpamanya pergi ke Terengganu dan bersemuka dengan ayah kekasih saudara secara ‘gentleman’.


Beritahu bahawa saudara serius berkawan dan berhasrat mengahwini anaknya. Jika dia masih juga berkeras, sekurang-kurangnya saudara sudah melakukan tindakan paling drastik untuk menunjukkan kesungguhan cinta saudara.


Jika usaha itu gagal, lupakan gadis berkenaan. Sebagai lelaki dan mahasiswa, Dang Setia percaya cinta terbuka luas buat saudara pada masa depan.


Ingatlah perkahwinan tanpa restu keluarga hanya mendatangkan kesulitan pada masa depan.


Tanyalah mereka yang lebih berpengalaman, pasti saudara bakal mendapat jawapan serupa.


Bercinta dan berumah tangga adalah dua situasi berbeza. Jangan melakukan kesilapan, kelak menyesal di penghujung hari.

Posted on Monday, September 13, 2010 sekadar renungan..

Ambillah waktu untuk berpikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa berarti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Gunakan waktu sebaik mungkin, karena waktu tidak akan bisa diputar kembali