Posted on Sunday, December 20, 2009 tahniah..syabas..bangga..



gading gajah berjaya dipatahkan..
sorakan tuan rumah mampu dibiaskan..
akhirnya..
sarang komunis mampu ditumpaskan...

tahniah..tahniah..tahniah..
setelah 20 tahun menunggu..
menjelma jua di bumi laos..
bila kali terakhir kecewa di final..
di bumi sendiri..
aku seronok..
aku generasi yang dapat menyaksika..
bendera dan lagu malaysia..
dinaikkan dan berkumandang..
bangga..bangga..bangga..

ini merupakan permulaan..
kepada kebangkitan bola sepak Malaysia..
terus naik..jangan toleh ke bawah lagi..
ayuh!! wira-wira negara..!!!

buat pemain..teruskan usaha anda,..
kami sentiasa ada dibelakang anda!!
kalau bukan kami..
aku akan sentiasa sokong pasukan tanah airku..
sampai bila-bila...

p/s: sekalung pujian aku hanya untuk pemain, barisan jurulatih dan penyokong..tapi tidak kepada FAM..FAM, banyak lagi yang patut anda lakukan..kepada orang-orang FAM, teruskan kerja, jangan terlalu berpesta dengan kejayaan ini..lupakan kepentingan diri, dan cintailah bola sepak..ingat, seluruh rakyat Malaysia masih dahagakan kejayaan..yang lebih besar...~~

Posted on cinta dalam hati....

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Posted on Wednesday, December 9, 2009 times to change..

selama 2 jam aku berborak dengan rakanku merangkap ex-labmateku dari indonesia..menceritakan mngenai pelbagai hal..dan dari perjumpaan ini, aku sedar aku perlu ubah 'mindset' aku..kalau tak, keadaan takkan berubah..aku xkan dpat apa yang aku hajatkan..nasrun, anda perlu berubah..
p/s: jgn menanti buah yang takkan gugur..jangan mengharap kepada kesempurnaan..

Posted on Tuesday, December 8, 2009 jika tiada hari esok...

So tell that someone that you love...
Just what you're thinking of..
If tomorrow never comes...

Posted on team week 15


tolonglah..buat sesuatu minggu ni..musuh semakin rapat...

Posted on ..mengharungi 13 jam kredit yang terakhir..

bermula 14 hb ni, aku akan berada di semester akhir..ini bermakna tak lama lagi aku akan menjadi seorang graduan UTM..perasaan aku sekarang excited, terharu, seronok sebab dah nak habes belajar, namun sedih gak sebab nak kena tinggalkan UTM dan berpisah dengan kawan2 aku yang 4 tahun kenal..pelbagai kenangan dan memori di sini, xlupa juga pengalaman yang dikutip untuk digunakan di masa depan..ini bermakna, setelah aku bermula belajar dari umur 5 tahun, hampir sampai ke pengakhirannya....
p/s: adakah aku ingin meneruskan lagi perjuanganku..??

Posted on Wednesday, December 2, 2009 the no 3..out of list.......

the number three holder...will not available..soon...

Posted on Sunday, November 29, 2009 kalah lagi...

tepat pukul 6 ptg, sesudah pergi ke kenduri kahwin kawan aku (assaqafi dan wani), aku, pit cin dan faidi terus bergerak ke gelanggang pertarungan, iaitu pacific star parade..tingkat atas bahagian hujung..gelanggang itu ialah gelanggang bowling!!
sesudah membayar RM12.50 seorang, memilih kasut size 7, terus bergerak ke lane 18, bersebelahan sekumpulan wanita..haha...seperti biasa aku memilih bola 10...
dengan penuh harapan, aku sebagai pemain ke 2, bermula dengan baik sekali..strike dan spare..namun nasib tak baik..di hujung permainan aku bermain teruk..akhirnya habes game pertama, aku score 117..
bermula game kedua, dengan azam yang baru..kali ini aku bermula teruk..aku fikir, bila bermula teruk, pasti pengakhiran aku akan bagus..namun, semakin teruk..akhirnya aku hanya mampu dapat 106..
dengan mengumpul 223 point, aku ditempat terakhir..kecewa dan geram..aku akan balas dendam masa cuti raya cina nanti..huhu..
p/s:aku masih ada fantasy..top of the table..haha

Posted on Sunday, November 15, 2009 when it will come??



the guy wearing white shirt already got someone that hold his key..
when is my turn??

Posted on Saturday, November 14, 2009 the battle of the title



aku diterangkan dengan warna kuning..657
faidi gigi..potong nipis..640
pit cin..coco lalla lali..627
yang last antara kami bertiga akan kena belanja lagi dua orang..
2 kali penentuan..
mid season dan bila habes season..
fight betol..point tak banyak beza..
come on nasrun..lg 7 game..!
bertahan bertahan..hehe..
p/s: nak sangat tengok pit cin yang kena..selalu aku ngan faidi ja duk kena..luck betoi budak sorang ni..but the important thing is..the victory will surely goes and belong to gagak_hitam fc..!

Posted on hajat yang mungkin tidak kesampaian

sebelum aku melangkah masuk utm..
aku ada menyimpan beberapa hajat..
dengan harapan hajat akan tercapai sesudah aku dah habes belajar..
namun, dari banyak2 hajat, ada satu yang masih belum tercapai..
mungkinkah akan terus tidak akan tercapai...
atau akan dimakbulkan..
tidak sampai 6 bulan dari sekarang..
akan terjawab persoalan ini..
selagi masa masih ada..
selagi tu usaha akan dilakukan (ada usaha ker..huhu..)
nasrun!!don't give up!!

p/s: zarip kita mungkin menyimpan hajat yang sama....:)

Posted on my first posting..

3.37 am..location: aum's room..budak2 dua orang ni dah tidur..
tinggallah aku kesorangan melayan internet..
esok awal pagi pukul 8 (awal ek) ada induksi..
dengan harapan aku tido bilik budak2 ni dapat lar aku bangun awal..haha..

okey lah..ni first time aku post kat blog aku..
aku pun masih baru lagi dalam blog memblog ni..
semua ni hasil terpengaruh dengan kawan2 aku..huhu..

segala hal akan ku luahkan di sini..
ini akan ku jadikan medium penting..
bagi meneruskan perjalanan hidupku..
ewah-ewah...
hahaha..

anyway...
hari isnin ni aku akan bertolak ke bandung, indonesia..
excited + bimbang...
ni lar 1st time g oversea and 2nd time naik flight..
bercuti dulu..balik kampung tolong family banjir..
korbankan mana yang patut masa raya nanti..
and then sambung perjuangan psm aku...

yeeeeeehaaaaa!!!!