Posted on Sunday, March 28, 2010 ..nasihat dari seorang emak...

semalam..
dalam pukul 1.00 ptg..
aku seperti biasa..
rutin di hujung minggu..
telefon mak aku..
tnya khabar, tgh watpa, mcm mana keadaan semua...

aku pun just remindkan mengenai paper exam aku minggu depan..
sebab restu mak sangat penting..
dan mak aku xkan lupa membaca yasin untuk aku setiap pg aku ada paper...
tu yang aku rasa..
faktor penting atas kejayaan seorang anak...
restu ibu bapa...

dan dalam kol tu..
mak aku pesan..
jawab exam elok-elok..
serta..
jangan permainkan perasaan anak orang...
what??
mak aku rasa aku ada permainkan perasaan orang ka??huhuhu...
then dengan nada melawaknya aku pun cakap...

"senang bang un tunang ja lar mak..xkan maen2 perasaan orang"..hehehe..
then mak aku cakap..
"abg atan pun xlepas lg, kerja pun xda lg, nak bg anak orang makan apa??..ingat bertunang senang ka??"
so, sebelum lg banyak kena berleter, aku terus menukar tajuk perbualan..hehehe
tapi aku tahu, tu nasihat mak kepada seorang anak yang dia sayang..
sebab mak aku berulang kali cakap..

"mak xsuka orang permainkan perasaan anak mak, dan xsuka anak mak permainkan perasaan orang lain"..

btw..
arini 29th MArch 2010..
maksudnya..
dah 9 tahun ayahanda kesayangan aku meninggalkan aku dan family aku...
sekejap masa berlalu...
sudah 9 tahun....


29 march 2001..

tarikh yang aku xkan lupa..
masa aku form 2..
dalam keadaan aku masih perlukan kasih sayang seorang ayah..
terkial2 mencari erti hidup yang sebenar..
perginya seorang insan..
yang aku sayang..
buat selama-lamanya...

abah..
kami akan pergi ke abah jua suatu hari nanti..
semoga roh abah aman disana..
ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh..
Al-Fatihah...

OSMAN BIN BAKAR..

You're always in our heart...We Love U so much...

Posted on ...my sassy girl...

entah..
dah pukul 4.15 pg..
aku masih xdapat lelapkan mata..
dua ekor kucing (orangje and puteh) dah lama nyenyak..
entah2 seronok dibuai mimpi makan friskies..huhuhu

yang aku pulak..
bermula dengan niat baek..
nak mulakan perjuangan menaip tesis..
sambil melayan lagu 'top of the world' dari carpenter..
sekarang aku seronok melayan lagu ni..
berulang-ulang kali..hahahaha
emmmm...
draf dah nak kena antar minggu depan..
namun..
bila ja mengadap pc..
terus lost..
xtahu nak start dari mana..
huhuhu...

so, as a result..
terus dah malas..
tangguhkan lagi kerja..
dengan niat yang tulus..
nak wat esok aja..
entah esok pun jd macam ni gak..
huhuuhu..

anyway..
tiba2 aku macam nak kongsi 1 cerita..
tajuknya: "my sassy girl"..
tapi bukan yang korea tu..
ni yang versi omputih...
aku xkenal pelakon dia pun..
tapi mesej yang disampaikan..
sangat menyentuh hatiku yang amat sensitip ni..huhu
cerita mengenai jordan and charlie..

"whether we are together, or apart, you will always be the woman of my heart"..



"destiny...is the bridge you build to the one you love.."



"If we never see each other again, and you're out walking one day, and you feel a certain person presence beside you,......that will be me..loving you..whenever I am"



ayat atas ni aku quote dari filem tu..
dan aku akan ingat ayat ni sampai bila-bila..
sampai part ni, aku xtahu sebab apa..
aku macam tersentuh dengan ayat ni...huhuhuhu
korang akan tahu, napa ayat ni menyentuh perasaan..
kalau korang tengok sendiri...
huhuhu...

cerita ni happy ending..tu yang best tu..hehehe

moral of the story: kalau dah ada jodoh, xkan ke mana..xkisah kita cuba larikan diri, jauhkan diri beribu batu, cuba melupakan segalanya, tapi kalau dah jodoh, akan berjumpa kembali 1 hari nanti..

"if it's meant to be, it will meant to be"

p/s: untuk lebih menghayati, korang tengok sendiri cerita ni okay..cuma, adakah realitinya dalam kehidupan akan berlaku seperti ni??..huhuhu

tiba2 terlayan jiwang pg buta ni..hahaha..siapa2 yang hati halus macam aku, leh layan cerita ni... :)..hahaha..jiwang kan aku ni...h0h0h0h0h0

Posted on Saturday, March 20, 2010 The Kop will walk alone in europa...haha




VS


Huh..hutang kena belasah 4-1 akan ditebus dan dibayar malam ni..
The victories will belongs to man u..
glory2 man united..



prediction line up:

---------------Van Der Sar-----------

---neville--vidic--ferdinand---evra---

---valencia--fletcher--carrick--nani--

------------------Park---------------

-----------Rooney--------------------

prediction result: 3 -1 ~ 2 from rooney, 1 from valencia

p/s: loser will always be a loser...


Posted on Thursday, March 18, 2010 teringat..

ha.....!!
tiba2 aku teringat..
msa seronok melayan gambar dinner..
teringat...
kata2 NC UTM..
masa malam pragraduan..
lebih kurang mcm ni la ucapannya..

"kepada student UTM yang dah final sem, dah nak grad, kalau masih xjumpa jodoh lagi, masih xda bf/gf..anggaplah anda gagal.."dalam nada berjenaka...

kiranya aku produk yang gagal??huhuhu

p/s: masih ada sebulan++..still ada masa..haha

Posted on Waktu dan masa...

Dah pkul 2.00 am..
masih membuka mata..
mengadap komputer..
sambil memikir mana 1 kerja yg patut aku buat..
pagi ni pkul 8.30 ada presentation optic..
sampai t/hari..
graf comparison belum buat lg..
mknanya poster masih belum boleh buat gak..
GUI xketahuan lagi..
present 24/3/2010...
xlama dah..ari rabu depan ja..
hujung mggu ni degree++ Primavera pulak..
confirm siang xleh wat kerja..
malam letih..tido awal..
nanti sedar2 dah isnin..
habes exhibition..
start wat theses, grand dinner, final exam..


hmm...nasrun nasrun..
banyak betol yg berfikir dalam kepala otak..
dapat siap x projek aku??
present exhibition macam mana??
leh grad x??
final exam sempat cover x??
aku leh perform x sem ni?
apa aku nak wat pasni??
bila aku nak kawen??hahahaha...

thinking..thinking and thinking.......

Posted on Saturday, March 13, 2010 pembetulan....

akhirnya...
aku dah tahu nama sebenar instrument yg aku main...

hahaha...

tu lar..tahu maen jer...
nama alat pun xtahu..haha..

kecing2 = tamburin
dan...the egg shaker..

thus, my new nickname is:

"own the tamburin/egg shaker boy.."

hehhehehe

Posted on ~terkeluar carta..~

and again..
current updated..

no 4 holder..

now..

out of list...

thanks a lot ya!

Posted on Segalanya bermula di sini...


Malam ABC: First time aku perform atas stage dalam DSI



2nd time: Malam Pra Graduan..duit poket sulong..NC pun datang


Besama Pengetua KTC: PM Dr Yahya bin Buntat..seorang yg sangat supportive..

Persembahan di malam MPG: Segalanya bermula di sini

Itulah antara sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 2 show yg telah aku join bersama group ni..pada mulanya, aku bukanlah ahli sebenar band ni..tapi segalanya bermula pada 1 petang apabila aku bertanya:

aku: weyh, ada alat muzik kosong untuk aku main x..mcm seronok jer perform..
S33: ehh ada2...ko nak main alat ni x?(sambil menunjukkan alat kecing-kecing..huhu..aku sendri xtahu nama alat tu)

dari saat itu, maka bermulalah story aku sbg seorang anak seni..hahaha...

Profile Akustigatiga:

Vokalis: Ammar Fadhli (ammar)
Guitaris 1: Faiz Asraf (bonzer)
Guitaris 2: Hadi Saputra Utama (Hadi)
Bongo: Hafizuddin (aben)
Kecing2 + 2 bola2 telor: Nasrun (boy)

sebarang tempahan persembahan, boleh menghubungi manager kami, saudara aben(kasi promote sikit)..hehe

p/s: sangat suka lagu kopi dangdut versi akustigatiga




Posted on Friday, March 12, 2010 perumpamaan baru...

entah..
napa tiba2 aku rasa seperti mahu mencipta 1 perumpamaan baru..
yg kena mengena dengan aku...

selalu..
kalau kita mendapatkan hasil dari sesuatu..
dengan susah payah dan peritnya..
hasilnya..
pasti kita sgt seronok, gembira dan puas hati kan..
kerana kesusahan yg dilalui untuk mendapatkannya..

itulah...
SEPERTI MENCARI ISI KETAM..!!

p/s:is it make sense??hahaha

Posted on ...hukum karma...

aku jenis yg percaya..
kalau aku buat baek..
pasti dibalas baek..
kalau buat jahat..
pasti ada balasannya..
dan..
kalau anda dipihak yg benar..
xperlu risau..
sebab..
suatu msa nanti..
kebenaran pasti akan memihak kepada yg benar..
sama ada secara langsung..
atau tidak langsung..
pasti akan sampai..

hanya masa menentukan..

Posted on Heppy besday, my sis!!


11 March 1982



Selamat Ulang Tahun ke 28 kepada kakakku..
Norosmaniza bte Osman
semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya..
semoga panjang umur, dimurahkan rezki..
dan xlupa..
tahun ini akan menjadi lebih bermakna..
kerana kak akan menjadi seorang ibu..
dan aku akan mendapat anak buah yg pertama..
tahniah untuk aku juga..
hahaha..

Posted on Tuesday, March 9, 2010 percaya??xpercaya??

percaya kepada cinta pandang pertama??
tepuk dada tanya selera..
hahahaha....

Posted on Memancing...

dalam memancing..
atau bahasa kedahnya bengai..
perlukan jorannya..
umpannya..
dan skillnya..
skil dalam memancing..
perlu ada hulurnya..
perlu ada tariknya..
kadang2 tu kita xperlu selalu memberi..(hulur)
kadang2 kita perlu menerima..(tarik)
dan kadang2 kita perlu mempunyai sedikit ego..
kerana dengan sedikit ego, akan ada hasilnya..
p/s:macam bercinta jugak, rite??