Posted on Thursday, September 30, 2010 Sekadar berkongsi kisah....

Ini merupakan cerita dari akhbar metro, ruangan Dang Setia..sekadar berkongsi...

SAYA berusia 22 tahun yang sedang menuntut di sebuah universiti tempatan. Masalah saya, saya bercinta dengan seorang gadis yang sama umur dengan saya dan berasal dari Terengganu.

Pada mulanya hubungan kami amat baik, namun bapanya ingin menjodohkan dia dengan anak kawannya. Ayahnya terlalu tegas sehingga melarang dia berkawan dengan saya. Dia tak suka, tapi dia terpaksa untuk mengikut kehendak bapanya.

Saya amat menyayanginya.

Saya terlalu sayangkan dia dan dia juga sayangkan saya. Sekarang, lelaki itu selalu hubungi dia. Dia pernah memutuskan hubungan dengan saya, namun dia tak dapat lupakan saya, begitu juga saya.

Dia dan lelaki itu belum ada apa-apa ikatan lagi. Namun, dia mengakui yang dia juga ada perasaan terhadap lelaki itu namun perasaan sayang dia kepada saya lebih daripada lelaki itu. Kami selalu berhubung secara online walaupun kami jarang bermesej. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.

Kadang-kadang saya akan menangis bila mengenangkan perkara ini. Begitu juga dia, selalu menangisi nasib hubungan kami apabila kami berhubung. Pelajaran saya juga sedikit terganggu dengan masalah ini. Walau apapun, kami masih berharap hubungan kami kembali bahagia seperti mula-mula kami kenal. Apa lagi yang patut saya buat. Bantulah saya yang tak berdaya ini.

INSAN BERHARAP
Kedah

JIKA saudara benar-benar sayangkan gadis itu, cubalah memenangi hati keluarganya.


Dalam situasi ini, saudara perlu bersikap ‘gentleman’. Dang Setia pasti ayah kekasih saudara mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian.


Mungkin dia mahu melihat anaknya mendirikan rumah tangga dengan orang senegeri bagi memudahkan kehidupan berkeluarga pada masa depan.


Jika situasi seperti itu berlaku, kekasih saudara tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa akur kerana tidak mahu menderhaka kepada orang tuanya. Justeru, saudara perlu meyakinkan bapanya bahawa saudara benar-benar menyayangi gadis itu. Tunjukkan kesungguhan, umpamanya pergi ke Terengganu dan bersemuka dengan ayah kekasih saudara secara ‘gentleman’.


Beritahu bahawa saudara serius berkawan dan berhasrat mengahwini anaknya. Jika dia masih juga berkeras, sekurang-kurangnya saudara sudah melakukan tindakan paling drastik untuk menunjukkan kesungguhan cinta saudara.


Jika usaha itu gagal, lupakan gadis berkenaan. Sebagai lelaki dan mahasiswa, Dang Setia percaya cinta terbuka luas buat saudara pada masa depan.


Ingatlah perkahwinan tanpa restu keluarga hanya mendatangkan kesulitan pada masa depan.


Tanyalah mereka yang lebih berpengalaman, pasti saudara bakal mendapat jawapan serupa.


Bercinta dan berumah tangga adalah dua situasi berbeza. Jangan melakukan kesilapan, kelak menyesal di penghujung hari.

Post a Comment